STYRIA: Max Verstappen melebarkan jurang mata dalam carta keseluruhan selepas memenangi Grand Prix (GP) Styria Formula Satu (F1) sebentar tadi, dengan musuh tradisinya, Lewis Hamilton menduduki tempat kedua.
Pemandu Red Bull itu, yang bermula dari petak utama menamatkan perlumbaan di Red Bull Ring, Spielberg itu dengan catatan masa 1 jam 22 minit 18.925 saat.
Pelumba Mercedes, Hamilton pula ketinggalan 35.743s di belakang Verstappen, dan rakan sepasukannya Valtteri Bottas ketiga (+46.907s).
Ini adalah kali ketiga musim ini Verstappen memenangi perlumbaan dengan mendahului dari petak utama sehingga tamat.
Pemandu Belanda itu kini mengumpul 156 mata, manakala Hamilton kedua (138 mata), pemandu Red Bull, Sergio Perez ketiga (96 mata).- AGENSI