UAE mahu benam Malaysia di depan penonton - Utusan Malaysia

UAE mahu benam Malaysia di depan penonton

PEMAIN UAE sudah bersedia untuk berdepan Malaysia di Dubai awal pagi esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Selepas kalah dua perlawanan terakhir berturut-turut, Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak rela tewas kali ketiga apabila berdepan Malaysia esok.

Semangat skuad Eyal Zayed untuk menjinakkan Harimau Malaya semakin membara selepas menerima perkhabaran penonton dibenarkan memasuki stadium sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berlangsung di Dubai.

Biarpun hanya 30 peratus penonton dibenarkan memasuki Stadium Zabeel untuk aksi tersebut dan perlawanan lain, namun dengan kapasiti stadium yang kecil iaitu 8,500 orang, kehadiran 2,550 penonton cukup untuk menaikkan semangat tuan rumah.

Penonton juga dibenarkan memasuki Stadium Al Maktoum dalam perlawanan lain tetapi kebenaran hanya diberikan kepada mereka yang sudah menerima suntikan penuh vaksin, selain disahkan negatif ujian PCR 48 jam sebelum perlawanan.

“Inilah masa yang dinantikan oleh penyokong untuk berada di belakang pasukan kebangsaan. Semua pihak termasuklah pemain, pegawai teknikal dan FA mahukan penonton kembali ke stadium.

“Kami mendapat permintaan setiap hari menerusi media sosial, emel dan telefon bertanyakan sama ada mereka boleh hadir menyaksikan perlawanan ini. Kami mengalu-alukan penyokong bersama pasukan kebangsaan,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak UAE, Mohammed Hazzam Al Dhaheri.

Pertahanan UAE, Yousef Jaber mengakui, amat penting mereka mengalahkan Harimau Malaya jika mahu mara ke peringkat seterusnya.

Katanya, beraksi di laman sendiri, UAE mahu menggunakan kelebihan tersebut untuk mengutip 12 mata maksimum dalam baki empat perlawanan di Dubai.

“Keyakinan kami kini di tahap terbaik dan penting untuk memulakan perlawanan menentang Malaysia esok dengan kemenangan.

“Malaysia kini berada di atas kami, jadi kami mengambil perlawanan itu dengan amat serius tapi dalam masa sama menghormati mereka,” kata Yousef.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya