Tuah milik Perancis - Utusan Malaysia

Tuah milik Perancis

GOL sendiri... Bola hantaran pemain pertahanan Perancis, Lucas Hernandez kepada Kylian Mbappe terkena kaki pemain pertahanan Jerman, Mats Hummel lalu membolosi gawang sendiri dan memberi kemenangan kepada Perancis dalam saingan peringkat Kumpulan F di Stadium Football Arena, Munich. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Perancis bernasib baik memperoleh tiga mata dalam peringkat saingan Kumpulan F apabila menang 1-0 ketika menentang Jerman di Stadium Football Arena, Munich.

Bagaimanapun gol itu adalah kesilapan yang dilakukan pemain pertahanan Jerman, Mats Hummel apabila kedudukannya berada lebih hampir dengan penjaga gol berbanding penyerang Perancis, Kylian Mbappe.

Kedudukan itu menyebabkan bola yang dihantar pemain pertahanan, Lucas Hernandez dari arah kiri petak penalti kepada Mbappe terkena kaki Hummel sebelum memasuki gawang Jerman pada minit ke 20 sekaligus menjadikan Perancis mendahului perlawanan pada babak pertama.

Dalam perlawanan itu, Jerman dilihat lebih banyak menguasai bola, iaitu 62 peratus dengan 10 serangan berbanding Perancis, 32 peratus dengan empat serangan.

Begitupun kelebihan tetap milik Perancis yang kini berada di kedudukan teratas bersama Portugal pada hari pertama semua pasukan dalam Kumpulan F beraksi di Euro 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya