Trent tinggalkan padang dalam kebimbangan - Utusan Malaysia

Trent tinggalkan padang dalam kebimbangan

GARETH Southgate menenangkan Trent Alexander-Arnold yang terpaksa dibawa keluar akibat kecederaan dalam aksi persahabatan England menentang Austria di Stadium Riverside, Middlesbrough pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIDDLESBROUGH, United Kingdom: Trent Alexander-Arnold mencetus kebimbangan England selepas mengalami kecederaan yang menyebabkan dia berisiko terpaksa diketepikan dalam skuad ke Euro 2020.

Pemain sayap Arsenal, Bukayo Saka meledak gol tunggal ketika membantu skuad The Three Lions menumpaskan Austria 1-0 dalam aksi pemanas badan menjelang Euro pagi tadi.

Bagaimanapun situasi bek kanan Liverpool, Alexander-Arnold di hujung permainan meresahkan pengurus pasukan, Gareth Southgate.

Bintang Liverpool berusia 22 tahun itu tampak kecewa ketika dipimpin keluar selepas cedera ketika cuba mengeluarkan bola dalam perlawanan di Stadium Riverside.

Southgate mengakui dia berdebar menanti keputusan pemeriksaan yang akan dilakukan ke atas Alexander-Arnold.

BUKAYO Saka meraikan jaringannya ketika menentang Austria.

“Kita akan tunggu dan lihat. Ia nampak tidak bagus apabila terpaksa keluar dengan cara begitu, tapi kami perlu menilai keadaan sebenarnya dalam masa beberapa hari ini.

“Saya rasa ia melibatkan otot paha tetapi pasukan perubatan kami akan memeriksa keadaan Trent.

“Ia bukan petanda baik untuk melihat dia berjalan keluar dengan cara begitu. Kita akan mengetahui dengan lebih lanjut dalam 24 hingga 48 jam,” kata Southgate.

Pemain sayap 19 tahun Arsenal, Saka meledak gol tunggal permainan sekali gus menguatkan kedudukannya untuk mengisi kesebelasan utama England menjelang perlawanan pembukaan Kumpulan D, menentang Croatia di Wembley pada 13 Jun ini.

Sementara itu Jude Bellingham muncul pemain paling muda membuat penampilan pertama bersama England sejak Wayne Rooney pada 2003.

Pemain tengah Borussia Dortmund itu membuat penampilan sulung pada usia 17 tahun 338 hari,  manakala Rooney beraksi menentang Liechtenstein pada 2003 di usia 17 tahun 321 hari.

Sebelum sepak mula, sebilangan 8,000 penyokong tuan rumah mengejek pemain England yang berlutut sebagai solidariti untuk gerakan Black Lives Matter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya