Tottenham tolak tawaran setengah bilion untuk Kane - Utusan Malaysia

Tottenham tolak tawaran setengah bilion untuk Kane

HARRY KANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tottenham dilaporkan menolak tawaran pembukaan 100 juta pound (RM576.96 juta) yang dikemukakan oleh Manchester City untuk bintang penyerang dan kapten mereka, Harry Kane.

Kane, 28, mahu meninggalkan Spurs musim ini dan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), City antara pasukan utama yang berminat mendapatkan ketua pasukan England tersebut.

Menurut akhbar Britain, Daily Mirror, City bersedia memasuki memasuki proses rundingan yang panjang untuk mendapatkan pemain yang ketika ini sedang beraksi dalam Euro 2020.

Walaupun Spurs dikatakan enggan menjual bintang mereka dalam apa keadaan sekalipun, namun tawaran lumayan skuad The Citizens mungkin menggoda pihak pengurusan tertinggi kelab.

Selepas Sergio Aguero meninggalkan pasukan musim panas ini, satu-satunya penyerang senior yang ada dalam skuad City ketika ini adalah Gabriel Jesus. Kane mampu menjadi pilihan utama mereka untuk mengetuai serangan musim depan.

Selain City, Manchester United dan juara Eropah, Chelsea turut berminat mendapatkan khidmat Kane, yang menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Tottenham kerana mahu mengejar trofi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya