Tokyo sambut Olimpian Malaysia - Utusan Malaysia

Tokyo sambut Olimpian Malaysia

KONTINJEN Malaysia bersemangat untuk beraksi dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jepun tidak pernah menghalang kemasukan atlet Sukan Olimpik atau Paralimpik Malaysia daripada menyertai temasya itu seperti yang dilaporkan media tempatan.

Duta Besar Jepun ke Malaysia Oka Hiroshi dalam surat pengesahan hari ini menegaskan, mereka mengalu-alukan kehadiran kontinjen negara ini, malah mendoakan atlet Malaysia beroleh keputusan yang baik.

“Kerajaan Jepun tidak pernah mengarahkan Jawatankuasa Pengelola Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo (JOC) menafikan kemasukan atlet mana-mana negara, termasuk Malaysia disebabkan terdapat varian baharu (Covid-19) seperti yang dilaporkan media.

“Jepun dengan seikhlasnya berharap atlet Malaysia, yang merupakan sahabat lama negara kami akan meraih keputusan cemerlang dalam temasya Tokyo,” tulis kenyataan tersebut.

KENYATAAN yang dikeluarkan Kedutaan Jepun.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, jaminan kebenaran atlet Malaysia menyertai temasya sukan terulung dunia itu turut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif JOC, Toshiro Muto dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

“Bagi pihak Kerajaan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Oka Hiroshi, Duta Besar Jepun ke Malaysia yang sentiasa memberikan perkembangan terkini serta turut membantu mengesahkan bahawa Malaysia sentiasa dialu-alukan untuk menyertai temasya Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Atlet Malaysia juga kini sedang giat menjalani latihan persiapan bagi menghadapi Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

“Saya bersyukur kesemua atlet kita dalam keadaan terbaik untuk menggalas cabaran menjulang Jalur Gemilang di Tokyo 2020 bermula 23 Julai 2021 nanti,” katanya hari ini.

Sebuah akhbar tempatan sebelum ini melaporkan, rakyat Malaysia berada dalam senarai 10 negara yang tidak dibenarkan memasuki Jepun ekoran berlakunya varian baharu Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya