De Paula, Liridon direhatkan? - Utusan Malaysia

De Paula, Liridon direhatkan?

PEMAIN Harimau Malaya menjalani latihan di Dubai semalam dalam persiapan menghadapi Vietnam, Sabtu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak menolak kemungkinan berlaku rombakan dalam kesebelasan utama dengan Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi mungkin diketepikan.

Katanya, ramai pihak berpendapat satu rombakan besar perlu dilakukan terutama selepas kekalahan besar 0-4 pasukan Malaysia kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jumaat lalu dan perkara itu sedang diberi perhatian.

Beliau memberitahu, pihaknya masih ada beberapa hari untuk mempersiapkan pasukan selain menjalankan kajian terperinci berhubung kekalahan tempoh hari bagi menentukan pemain terbaik untuk beraksi menentang Vietnam, Sabtu ini.

“Apa yang saya boleh katakan ialah tiada jaminan untuk mereka (De Paula dan Liridon) berada dalam kesebelasan utama kerana kami sebagai jurulatih sedang menilai setiap pemain bagi mencari ‘ramuan’ terbaik untuk perlawanan seterusnya.

“Memang mereka nampak kecewa selepas kalah kepada UAE, memang ada rasa tertekan semua tetapi sebagai pemain berpengalaman, mereka pasti boleh mengatasi perkara ini selain perlu yakinkan diri untuk bangkit dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Kini skuad kebangsaan tinggal dua lagi baki perlawanan Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 iaitu menentang skuad kendalian Park Hang-seo, Vietnam Sabtu ini, diikuti Thailand pada 16 Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya