The Psychic Sausage selebriti Euro 2020 - Utusan Malaysia

The Psychic Sausage selebriti Euro 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP kali tiba kejohanan utama, pasti ada saja watak haiwan yang kononnya mempunyai kuasa psikik untuk meramal keputusan perlawanan.

Jika pada Piala Dunia 2010, Paul si sotong peramal popular kerana berjaya memilih dengan tepat hampir semua keputusan perlawanan, di Euro 2020 muncul anjing pintar The Psychic Sausage.

Anjing dari England itu pernah meramalkan dengan tepat keputusan Piala Dunia 2018 yang menyaksikan Perancis muncul juara.

Pemiliknya akan meletak bendera negara bertanding di tepi pinggan makanan. Si anjing akan memilih makanan yang dimahukan.

Jika dia memilih makanan di pinggan tersebut dua kali, maka pasukan itu menjadi pilihan untuk muncul pemenang.

The Psychic Sausage sedang memilih pemenang.

JERSI UKRAINE BIKIN EURO PANAS

TINDAKAN Persatuan Bola Sepak Ukraine (UAF) memasukkan unsur geopolitik dalam jersi pasukan mereka mencetus kontroversi Euro 2020.

Kiev menimbulkan kemarahan Moscow apabila mengumumkan jersi baharu mereka untuk Euro 2020 dengan gambar peta Ukraine termasuk semenanjung Crimea, wilayah yang menjadi rebutan antara kedua-dua negara itu.

Jersi itu turut menampilkan slogan Glory to Ukraine! Glory to the Heroes! (Kegemilangan buat Ukraine! Kegemilangan buat Wira-wira!).

Badan bola sepak Eropah, UEFA mengarahkan Ukraine membuang slogan berkenaan susulan bantahan yang dikemukakan oleh Rusia, namun UAF berkata dia sedang berunding untuk mendapatkan kebenaran jersi asal digunakan sepanjang kejohanan.

JERSI Ukraine yang menimbulkan kontroversi.

Ketua Pegawai Eksekutif UAF Andriy Pavelko berkata, dia terbang ke Rome semalam untuk berbincang dengan UEFA.

“Persatuan bola sepak Ukraine sedang berbincang dengan UEFA untuk mengekalkan slogan di jersi,” kata jurucakap UAF. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya