Tamparan buat Sepanyol, Busquets positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Tamparan buat Sepanyol, Busquets positif Covid-19

SERGIO BUSQUETS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Kem Sepanyol menerima tamparan hebat seminggu menjelang Euro 2020 selepas kapten mereka, Sergio Busquets disahkan positif Covid-19.

Bintang tengah Barcelona itu terpaksa meninggalkan kempen latihan pasukan serta merta, umum Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) hari ini.

RFEF dalam satu kenyataan berkata, Busquets, 32, diuji positif semalam manakala pemain lain semuanya disahkan negatif. Mereka yang mempunyai kontak rapat dengan perancang Barcelona itu akan diasingkan.

Sepanyol akan melakukan program latihan individu menjelang saingan Euro 2020 yang bermula Jumaat ini.

Perlawanan pertama Sepanyol adalah menentang Sweden pada 14  Jun dan pengendali Luis Enrique mempunyai tempoh sehingga Sabtu untuk melakukan pertukaran ke atas skuadnya.

“Langkah-langkah tertentu akan dinilai berdasarkan situasi kapten pasukan kebangsaan,” kata RFEF.

Busquets sudah membuat 120 penampilan bersama Sepanyol dan membantu negaranya menjuarai Piala Dunia 2010 serta Euro 2012.

Dia juga memenangi lapan gelaran La Liga dan tiga Liga Juara-Juara bersama Barcelona serta beberapa trofi lain. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya