Syahrian pulang ke JDT - Utusan Malaysia

Syahrian pulang ke JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemain muda Indonesia yang dipinjamkan ke kelab bola sepak Australia, Newcastle Jets, Syahrian Abimanyu akan kembali memperkukuh Johor Darul Ta’zim (JDT).

JDT dalam satu kenyataan dalam Facebook rasmi mereka, Johor Southern Tigers hari ini memaklumkan perkara tersebut.

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest berkata, pemain berusia 22 tahun itu akan kembali ke JDT untuk baki saingan liga musim 2021.

“Pemain muda kelahiran Indonesia, Syahrian Abimanyu akan kembali ke Kelab Bola Sepak JDT untuk baki musim 2021 selepas tamat tempoh pinjaman singkat bersama kelab Liga Australia (Liga-A), Newcastle Jets,” katanya.

Syahrian sebelum ini ditandatangani JDT pada Disember tahun lalu sebagai perancangan jangka masa panjang skuad Harimau Selatan, namun bekas pemain tengah Madura United itu tidak sempat menyarung jersi JDT apabila dipinjamkan ke kelab Liga-A tersebut tidak lama selepas itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya