Suarez tamat kemarau gol, Chile ke suku akhir - Utusan Malaysia

Suarez tamat kemarau gol, Chile ke suku akhir

LUIS Suarez (tengah) meraikan jaringannya ketika membantu Uruguay menentang Chile di Pantanal Arena, Cuiaba, Brazil hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CUIABA, Brazil: Luis Suarez menamatkan kemarau gol bersama Uruguay daripada berlarutan kepada lima perlawanan berturut-turut, namun jaringan itu gagal membantu pasukannya meraih kemenangan.

Sebaliknya keputusan 1-1 hari ini membolehkan Chile mara ke suku akhir dari Kumpulan A.

Penyerang veteran, Eduardo Vargas meletakkan Uruguay di depan pada minit ke-26, namun Suarez menyamakan kedudukan pada minit ke-66.

Rembatan Vargas membolehkannya menyamai rekod Paolo Guerrero dari Peru dengan 14 gol dalam senarai penjaring sepanjang zaman Copa America, tiga gol di belakang pemain Brazil, Zizinho dan Norberto Mendez dari Argentina yang merekodkan 17 gol.

Keputusan itu membolehkan Chile menduduki tangga Kumpulan A di belakang Argentina selepas mengumpul lima mata daripada tiga perlawanan, sekali gus mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati.

Uruguay kekal di kedudukan keempat dengan satu mata daripada dua perlawanan selepas tewas 0-1 kepada Argentina pada aksi pertama.

Kem Chile juga tidak terjejas selepas dibayangi kontroversi susulan pendedahan pemain bahawa mereka melanggar protokol Covid-19 dengan membawa pendandan rambut ke hotel penginapan pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya