Stadium Sultan Ibrahim sedia kemudahan rawat serangan jantung - Utusan Malaysia

Stadium Sultan Ibrahim sedia kemudahan rawat serangan jantung

Stadium Sultan Ibrahim menyediakan 20 mesin AED di sekeliling gelanggang kelab JDT itu. - IHSAN JOHOr SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri ‘rumah’ kepada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dilengkapi 20 mesin defibrilator luaran automatik (AED) sebagai persediaan kecemasan kepada pemain mahupun penyokong.

Menurut hantaran di Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers berkata, kelab bolasepak itu sentiasa memastikan keselamatan para pemain dan penyokong berada pada tahap terbaik dengan menyediakan mesin AED di sekeliling stadium.

“Mesin AED adalah mesin perentak jantung yang boleh digunakan pasukan perubatan dan pihak keselamatan ketika kecemasan jika terjadi serangan jantung kepada pemain mahupun penyokong.

“Mesin AED yang terdapat di sekeliling stadium menjadi antara faktor yang menyelamatkan pemain Denmark, Christian Eriksen yang tiba-tiba rebah ketika perlawanan peringkat kumpulan Euro 2020,” menurut hantaran itu hari ini.

Peminat sukan bola sepak dunia dikejutkan dengan insiden pemain Denmark itu yang rebah ketika aksi menentang Finland dalam kempen Euro 2020, awal pagi tadi.

Kapten Denmark, Simon Kjaer adalah pemain pertama yang memberikan rawatan awal kepada Eriksen bagi memastikan rakannya itu terus bernafas dan tidak mengalami situasi yang lebih serius.

Kjaer turut memastikan Eriksen tidak dikerumuni pemain lain serta bertindak pantas melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum ketibaan doktor pasukan.

Menurut kenyataan itu lagi, petugas keselamatan serta marsyal stadium berkenaan diberikan tunjuk ajar bagi menggunakan peralatan tersebut sekiranya keadaan mendesak.

“Marsyal Stadium JDT juga kesemuanya sudah dilatih untuk menggunakan alatan ini sekiranya berlaku kecemasan sementara menunggu bantuan paramedik dan ambulans,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya