Soniia kembali ke Bukit Kiara - Utusan Malaysia

Soniia kembali ke Bukit Kiara

SONIIA CHEAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalam memastikan persiapannya untuk menghadapi Sukan Olimpik 2020 berjalan baik, Soniia Cheah memilih untuk kembali ke Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hujung bulan ini bagi menjalani latihan berpusat.

Dia yang sebelum ini digugurkan daripada skuad kebangsaan muncul satu-satunya perseorangan wanita negara yang layak beraksi di Tokyo berdasarkan ranking dunia.

Soniia, 28, berdepan kesukaran untuk menjalani latihan sebagai pemain bebas kerana gelanggang badminton dan gimnasium ditutup sepanjang pelaksanaan ‘total lockdown’ akibat Covid-19 sejak 1 Jun lalu.

“Saya akan sertai kem latihan sama ada hujung bulan ini atau awal, Julai nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Sebelum ini, Soniia tidak dapat membuat keputusan sama ada ingin menyertai kem itu atau sebaliknya kerana memiliki pelbagai tanggungjawab di luar sebagai pemain profesional termasuk memenuhi keperluan pihak penaja.

Selain Soniia, pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga sudah menyertai kem latihan di ABM yang menggunakan konsep gelembung sukan bagi mengekang penularan Covid-19.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut memanggil Tan Kian Meng-Lai Pei Jing untuk menjadi rakan sepelatih Peng Soon-Liu Ying selain Liew Daren yang akan membantu persiapan Lee Zii Jia ke Sukan Olimpik Tokyo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya