Slovakia hukum 10 pemain Poland - Utusan Malaysia

Slovakia hukum 10 pemain Poland

BINTANG penyerang Poland, Robert Lewandowski melangkah lemah melewati pemain Slovakia yang meraikan kemenangan mereka dalam aksi Kumpulan E di Stadium Saint Petersburg, Rusia hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINT PETERSBURG: Slovakia memulakan kempen Euro 2020 dengan menewaskan 10 pemain Poland 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan E di Stadium Saint Peterseburg, Rusia sebentar tadi.

Gol sendiri penjaga gol Poland, Wojciech Szczesny memberikan Slovakia jaringan pembukaan pada minit ke-18 selepas bola rembatan Robert Mak terkena tangannya selepas menerjah ke gawang sendiri.

Poland bagaimanapun menghidupkan semula peluang apabila menyamakan kedudukan 1-1 hanya seminit selepas babak kedua bersambung menerusi Karol Linetty .

Poland bermain 10 orang selepas sejam apabila pemain tengah Grzegorz Krychowiak menerima kad kuning kedua dan Slovakia mengambil peluang dengan Skriniar meledak gol kemenangan ke sudut gawang.

Episod malang Poland bermula pada minit ke-62 apabila terpaksa meneruskan permainan dengan 10 orang selepas pemain tengah, Grzegorz Krychowiak dibuang padang  kerana menerima kad kuning kedua.

Beraksi dengan kelebihan seorang pemain dimanfaatkan sepenuhnya oleh Slovakia dan tonggak pertahanan Inter Milan, Milan Skriniar melepaskan rembatan ke penjuru gawang gol lawan untuk kemenangan pasukannya pada minit ke-69.

Slovakia yang melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir pada penampilan pertama di Euro, lima tahun lalu akan menentang Sweden dalam perlawanan kedua Kumpulan E, Sabtu ini.

Poland pula berdepan tugas getir dengan menentang juara tiga kali, Sepanyol di Seville pada Ahad.  – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya