Slovakia perlu keajaiban ikat Sepanyol - Utusan Malaysia

Slovakia perlu keajaiban ikat Sepanyol

PEMAIN Sweden, Emil Forsberg meraikan jaringannya menerusi sepakan penalti ketika menentang Slovakia di Stadium Saint Petersburg, Saint Petersburg semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINT PETERSBURG: Jurulatih Slovakia, Stefan Tarkovic mengakui, pasukannya memerlukan keajaiban untuk sekurang-kurangnya berkongsi mata dengan juara tiga kali, Sepanyol, Khamis ini selepas kalah 0-1 kepada Sweden semalam.

Selepas membuka kempen dengan mengejutkan Poland 2-1, namun kekalahan kepada Sweden memaksa mereka menunggu penuh debaran keputusan pertemuan terakhir menentang Sepanyol. Seri memadai untuk membantu mereka layak selaku empat pasukan terbaik tangga ketiga.

“Saya seorang yang optimis. Kami yakin keajaiban kecil akan berlaku untuk meraih mata ketika menentang Sepanyol nanti,” katanya.

Ketika menentang Sweden, Slovakia bergelut untuk menembusi kubu lawan apabila tiada satu pun rembatan ke arah gawang dapat dibuat daripada 10 cubaan walaupun pasukan itu menguasai 59 peratus perlawanan.

Kata Tarkovic, berdepan Sweden, Slovakia mempunyai peluang yang banyak sama seperti ketika menentang Poland, namun aksi bertahan lawan memberi kesukaran buat mereka.

Kesilapan penjaga gol, Martin Dubravka ketika cuba menghalang serangan lawan membolehkan Sweden menerima sepakan penalti yang disempurnakan oleh pemain tengah, Emil Forsberg pada minit ke 77, sekali gus meraih kemenangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya