Sepanyol tak ubah gaya jumpa Poland - Utusan Malaysia

Sepanyol tak ubah gaya jumpa Poland

KEPULANGAN Sergio Busquets ke pangkuan Sepanyol menaikkan motivasi skuad La Roja,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEVILLE: Sepanyol tidak melakukan perubahan, terutama strategi dan taktikal apabila berdepan Poland esok (3 pagi Ahad waktu Malaysia) meskipun mempamer aksi hambar ketika seri 0-0 dalam perlawanan pembukaan, Selasa lalu.

Skuad La roja mencatat rekod 917 hantaran ketika berdepan Sweden, namun tiada satu pun gol diperoleh biarpun menguasai 85 peratus permainan.

Pengendali pasukan, Luis Enrique berkata, taktik sama akan digunakan untuk berdepan Poland, malah menegaskan ‘kami juga cuba bermain dengan gaya sama dalam setiap perlawanan’.

Begitupun, dia mengharapkan jentera serangan lebih klinikal di depan pintu gol selepas melihat penyerang, Alvaro Morata dijadikan ‘kambing hitam’ oleh penyokong tuan rumah di Seville selepas diejek ketika pertemuan dengan Sweden.

“Kami semua bertanggungjawab terhadap serangan dan pertahanan pasukan. Dia (Morata) melakukan beberapa gerakan yang sangat baik di benteng lawan. Dia seorang pemain yang hebat,” kata pemain tengah Sepanyol, Pablo Sarabia.

Selain Morata, skuad Sepanyol, juara Eropah 2012, 2008 dan 1964 dijangka mengekalkan bintang Manchester City, Ferran Torres di bahagian serangan bersama Dani Olmo.

Kepulangan semula Sergio Busquets yang sebelum ini diasingkan daripada pasukan akibat dijangkiti Covid-19 turut menaikkan lagi semangat skuad La Roja.

PEMAIN Poland menjalani latihan di Stadium La Cartuja, Sevilla semalam menjelang pertemuan dengan Sepanyol hari ini. – AFP

Poland juga perlu meningkatkan permainan jika mahu mengelak tersingkir awal selepas kalah 1-2 kepada Slovakia dalam aksi pembukaan Kumpulan E, Selasa lalu.

Bintang dunia, Robert Lewandowski sekali lagi menjadi sandaran Poland dan dia dilihat lebih tajam berbanding penyerang Sweden, Marcus Berg.

“Kami menjangkakan akan berdepan pasukan yang bakal berkubu di benteng, namun mampu melancarkan serangan menerusi pemain hebat.

“Corak permainan Poland mungkin hampir sama dengan Sweden, namun kita tahu mereka ada beberapa individu hebat yang mampu merubah perlawanan seperti Lewandowski,” kata Sarabia.

Poland bagaimanapun turun tanpa Grzegorz Krychowiak yang dibuang padang ketika menentang Slovakia manakala Sepanyol berharap kepulangan kapten, Sergio Busquets akan menaikkan semangat mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya