Sepanyol hadapi laluan sukar dalam Kumpulan E - Utusan Malaysia

Sepanyol hadapi laluan sukar dalam Kumpulan E

ROBIN OLSEN berjaya menyelamatkan bola, serangan daripada Marcos Llorente pada aksi pertama Sepanyol menentang Sweden dalam kempen Kumpulan E di Stadium La Cartuja, Seville. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEVILLE: Sepanyol bakal hadapi kesukaran untuk bersaing dalam kumpulan E sebelum mara ke peringkat seterusnya apabila mencatat keputusan seri 0-0 dalam perlawanan pertamanya menentang Sweden di Stadium La Cartuja sebentar tadi.

Keputusan tersebut memberi kelebihan kepada pasukan dalam kumpulan sama, Slovakia yang menang 2-1 ketika menentang Poland sebelum itu di Stadium Saint Petersburg, Rusia skali gus mencatatkan tiga mata.

Bagaimanapun, jurulatih skuad La Roja itu, Luis Enrique pasti sudah menjangkakan yang terburuk apabila pasukannya dirundung masalah jangkitan wabak pandemik Covid-19 sejak mingu lalu.

Malah, menjelang kempen Euro 2020, pemain pertahanannya, Diego Llorente dan Sergio Busquets perlu menjalani kuarantin selepas dilapor positif Covid-19. Bagaimanapun, Llorente dibenarkan menyertai selepas mendapat empat keputusan negatif dalam ujian saringan pada Jumaat lalu.

Justeru, dalam perlawanan menentang skuad Biru Kuning tadi, kedua-dua negara itu terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri terutama Sepanyol yang dilihat menguasai 86 peratus permainan dan 17 serangan sementara lima daripadanya disasar tepat ke arah gol.

Bagi Sweden pula, pasukan itu sekadar mengawal 15 peratus permainan apabila Sepanyol kerap menguasai padangnya. Begitupun, Sweden juga mampu melakukan empat serangan termasuk daripada penyerangnya, Alexander Isak sehingga menimbulkan keresahan pasukan Enrique pada babak pertama.

PENYERANG Sweden, Alexander Isak diasak barisan pertahanan Sepanyol dalam kempen Kumpulan E Euro 2020 di Stadium La Cartuja, Seville. – AFP

Dalam episod sama juga, bintang Juventus, Alvaro Morata gagal memanfaatkan peluang keemasan yang dimilikinya apabila melepasi tiga pemain pertahanan Sweden, namun sepakannya di hadapan pintu gawang yang terbuka luas ditangkis penjaga gol, Robin Olsen.

Kemudian dalam babak seterusnya, kedua-dua pasukan terus buntu untuk mencari gol walaupun masing-masing galak menukar pemain pada 30 minit terakhir sebelum tamat yang dimulakan Sepanyol yang menggantikan pemain tengah, Rodri dengan Thiago Alcantra.

Kemudian disusuli dengan kemasukan pemain Paris Saint-Germain, Pablo Sarabia menggantikan Morata pada minit ke 66. Sepanyol membuat lima kali pertukaran pemain termasuk menggantikan penyerang, Dani Olmo dengan Gerard Moreno pada minit ke 74.

Sementara Sweden pula turut membuat lima kali pertukaran termasuk mengeluarkan Isak dan menggantikannya dengan Viktor Claesson pada minit 69.

PENJAGA gol Sweden, Robin Olsen, berjaya menyelamatkan gawangnya daripada serangan penyerang Sepanyol, Gerard Moreno dalam perlawanan peringkat Kumpulan E di Stadium La Cartuja, Seville. – AFP

Tindakan jurulatih Sweden, Jan Anderson menukar Isak mendapat kritikan kerana pemain kelab La Liga, Real Sociedad itu membuatkan pemain La Roja bimbang gawangnya akan diasak sekali lagi.

Bagaimanapun, sehingga akhir perlawanan, Sepanyol dilihat hilang rentak walapun pada masa kecederaan setelah gagal menembusi kubu Sweden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya