Semua 'senjata baharu' Bos Gaurus sudah sampai - Utusan Malaysia

Semua ‘senjata baharu’ Bos Gaurus sudah sampai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Empat pemain import baharu yang akan memperkasakan Perak FC dalam baki kempen Liga Super bermula hujung Julai ini sudah tiba di Malaysia.

Ketua Jurulatih Bos Gaurus, Chong Yee Fatt bagaimanapun berkata, mereka kini sedang menjalani kuarantin di ibu negara.

“Saya menjangka mereka akan menyertai pasukan Perak minggu depan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurut jurulatih itu, empat pemain itu ialah Jad Noureddine, Samir Ayass, Zubairou Garba dan Ghislain Guessan.

Terdahulu pemain kelahiran England, Charlie Machell antara pemain terawal menyertai Perak FC .

Lima pemain itu akan bergabung tenaga dengan Nana Poku, Leandro Dos Santos dan Careca serta pemain Argentina pinjaman Pahang, Sergio Aguero.

Semua pemain terbabit juga akan membantu Perak II dalam baki kempen nanti.

“Mereka akan diturunkan mengikut keperluan pasukan, ” kata Yee Fatt.

Selain lima import itu, Perak FC juga berjaya mendapatkan empat pemain muda tempatan untuk mengisi kekosongan selepas kehilangan enam tonggak.

Antara pemain tempatan yang menyertai pasukan Bos Gaurus ialah bekas ketua pasukan skuad bawah 19 tahun (B-19) Malaysia, Azhar Apandi, S Pavithran, Aizat Maidin Koty dan pemain Manjung City FC, Syamim Baharuddin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya