Semangat juang bawa Ecuador ke suku akhir - Utusan Malaysia

Semangat juang bawa Ecuador ke suku akhir

PEMAIN Ecuador, Angel Mena (dua dari kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Brazil di Stadium Olympic, Goiania, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOIANIA, Brazil: Semangat juang tinggi Ecuador berjaya membawa mereka melangkah ke suku akhir Copa America selepas mengikat juara bertahan, Brazil 1-1 hari ini.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, pasukan yang dibayangi Covid-19, Venezuela akhirnya ditunjukkan jalan keluar selepas tumpas 0-1 kepada Peru untuk menutup kempen tanpa sebarang kemenangan.

Turun untuk melebarkan rekod 10 kemenangan berturut-turut, Brazil memberi tekanan berterusan kepada Ecuador sebaik saja perlawanan bermula.

Biarpun jurulatih, Tite merehatkan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, namun skuad Selecao masih mampu menguasai babak pertama.

Eder Militao meletakkan Brazil di depan pada minit ke-35 apabila menanduk bola hasil sepakan bebas yang gagal diselamatkan penjaga gol Ecuador, Hernan Galindez.

Ecuador yang enggan tersingkir awal, bangkit melawan sebaik saja separuh masa kedua bersambung.

Mereka akhirnya memperoleh gol penyamaan pada minit ke-53 menerusi Angel Mena yang menerima hantaran Enner Valencia sebelum menewaskan penjaga gol Brazil, Alisson.

“Kami bermain lebih baik pada babak pertama berbanding separuh masa kedua. Pasukan berjaya meneruskan gaya permainan.

“Apa pun, sekarang kami sudah memasuki peringkat penting kalah mati. Kami perlu bekerja lebih keras dan memberi segala-galanya yang kam ada,” kata pertahanan Brazil, Marquinhos. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya