'Selamat tinggal The Red Warriors' - Utusan Malaysia

‘Selamat tinggal The Red Warriors’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC mengesahkan Riccardo Mattioli melepaskan jawatan sebagai jurulatih penjaga gol pasukan berkuatkuasa serta merta atas urusan keluarga.

Perkhabaran ‘mengejutkan’ itu dikongsikan oleh pengurusan The Red Warriors (TRW) menerusi kenyataan dalam Facebook rasmi pasukan hari ini.

Menurut pengurusan Kelantan FC, pasukan itu menerima dengan hati terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Mattioli walaupun ia sangat berat.

Menurutnya, Mattioli membuat keputusan ‘meninggalkan’ TRW disebabkan oleh masalah kesihatan ibu yang memaksa dia melepas jawatan tersebut.

“Mattioli antara individu yang sangat penting dalam membentuk barisan penjaga gol Kelantan FC musim ini iaitu Mohamad Faridzuean Kamaruddin, Nik Amin Ahmad, Farizal Harun danAsfa Abidin.

“Kehadiran Mattioli telah memberikan impak besar kepada TRW apabila barisan penjaga gol telah menunjukkan cemerlang dalam setiap perlawanan,” katanya.

Pengurusan Kelantan FC menzahirkan ucapan terima kasih dan menghargai pengorbanan serta komitmen yang diberikan dari awal musim.

Katanya, Mattioli bagaimanapun menyatakan hasrat akan kembali bersama pasukan Kelantan FC suatu hari nanti.

Mattioli antara muka baharu yang dibawa masuk oleh pengurusan Kelantan FC bersama ketua jurulatih

Marko Ragini bagi mengendalikan TRW dalam mengharungi saingan Liga Malaysia 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya