Sane, Goretzka mungkin ganti tempat Muller - Utusan Malaysia

Sane, Goretzka mungkin ganti tempat Muller

PENGENDALI Jerman, Joachim Low (empat dari kanan) memperkatakan sesuatu kepada anak-anak buahnya semasa sesi latihan menjelang aksi menentang Hungary dalam saingan akhir Kumpulan F Euro 2020 di Arena Allianz, Munich.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Joachim Low mengesahkan hanya status penyerang mereka Thomas Muller yang masih diragui untuk diturunkan dalam aksi terakhir Kumpulan F Euro nanti.

Pengendali Jerman itu berkata, jika pemain Bayern Munich itu diketepikan, berkemungkinan beliau akan meletakkan Leroy Sane atau Leon Goretzka untuk bahagian serangan.

“Selepas perlawanan menentang Portugal tempoh hari, beberapa pemain kami mengalami kecederaan dan sebab itu kami tidak membawa mereka untuk menjalani latihan.

“Kakitangan perubatan kami perlu menilai dan melaksanakan tugas sebaiknya selama tiga hari untuk memastikan mereka betul-betul cergas dan boleh berlatih.

“Seperti Mats Hummels, Ilkay Gundogan, kedua-duanya turun dalam sesi hari ini. Jika Thomas, kami perlu tunggu sama ada dia akan diturunkan atau sebaliknya.

“Kami akan membuat keputusan sebaiknya untuk saingan terakhir peringkat kumpulan ini,” kata Low.

Jerman kini menghuni tempat kedua dalam kumpulan maut itu menerusi 3 mata, dengan Perancis mengungguli kedudukan (4 mata), manakala Portugal ketiga (3 mata) dan Hungary (1 mata).- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya