Safawi minta maaf, mengaku silap ketika meraikan gol - Utusan Malaysia

Safawi minta maaf, mengaku silap ketika meraikan gol

CARA Safawi dan De Paula meraikan gol juga tidak disenangi penyokong. - IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Safawi Rasid meminta maaf atas kesilapannya meraikan jaringan pasukan negara ketika membantu Harimau Malaya menewaskan Thailand 1-0 dalam perlawanan terakhir Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Rabu lalu.

Dalam hantaran di Instagram Story di akaun Safawi Rasid @safawirasid29, pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

“Alhamdulillah syukur, terima kasih kepada penyokong dan penonton yang selalu ada di belakang kami.

“Saya minta maaf atas celebration yang tidak menyenangkan itu.

“Perkara tersebut tidak akan berulang lagi, maaf sekali lagi,” kata Safawi.

Safawi, 24, mencetus kemarahan penyokong apabila menunjukkan gaya menekan papan kekunci sebelum meletakkan jari di bibir sebagai isyarat diam sejurus selepas menyempurnakan sepakan penalti yang membantu Malaysia mencatat satu-satunya kemenangan dalam tiga perlawanan yang diharungi di Dubai.

Ramai yang menganggap perbuatan itu ditujukan kepada keyboard warriors atau ‘tentera bawang’ yang sering mengkritik persembahan pasukan negara dalam media sosial.

Tidak hanya berang dengan perbuatan ‘menekan papan kekunci’ Safawi, penyokong Harimau Malaya juga menyindir cara pemain kelahiran Terengganu itu ketika meraikan jaringannya bersama penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula.

Kedua-dua mereka melompat, sebelum melagakan dada, perbuatan yang disifatkan peminat agak keterlaluan melihat kepada prestasi ‘sederhana’ Harimau Malaya dan kemenangan hanya diraih menerusi sepakan penalti.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya