Ronaldo pahat sejarah lagi - Utusan Malaysia

Ronaldo pahat sejarah lagi

PENYERANG Portugal, Cristiano Ronaldo (dua dari kanan) meraikan gol pembukaan yang dijaringkan olehnya sewaktu berdepan Jerman dalam aksi Kumpulan F Euro 2020 di Arena Allianz, Munich, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Cristiano Ronaldo melakar satu lagi sejarah apabila menyamai rekod legenda Jerman, Miroslav Klose selaku pemain Eropah yang menjaringkan gol terbanyak dalam Piala Dunia dan saingan Euro.

Bintang Portugal itu menyamai rekod Klose dengan 19 gol selepas menyumbat satu jaringan sewaktu tewas 2-4 kepada Jerman dalam aksi Kumpulan F Euro 2020 sebentar tadi.

Selepas Ronaldo dan Klose, tempat ketiga turut dihuni legenda Jerman, Gerd Muller yang memungut 18 gol, diikuti Jurgen Klinsmann (16 gol) dan Michel Platini (14 gol).

Setakat ini, tiada mana-mana pemain Eropah berupaya menandingi kehebatan Ronaldo, yang kini berusia 36 tahun.

Kini, penyerang Juventus itu hanya memerlukan dua gol untuk menyamai rekod dunia 109 gol di peringkat antarabangsa milik legenda Iran, Ali Daei.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya