Dua gol Schick kecewakan Scotland - Utusan Malaysia

Dua gol Schick kecewakan Scotland

PATRIK Schick (kiri) meraikan jaringannya ketika membantu Republik Czech menewaskan Scotland di Hampden Park, Glasgow hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GLASGOW: Kepulangan semula Scotland di pentas kejohanan utama selepas lebih dua dekad dikecewakan oleh dua jaringan menarik Patrik Schick yang membantu Republik Czech menang 2-0 dalam aksi Kumpulan D, Euro 2020 hari ini.

Tandukan Schick pada minit ke-42 meletakkan Czech mendahului 1-0, namun sepakan bijak dari tengah padang tujuh minit selepas babak kedua bersambung membuatkan lebih 12,000 penonton di Hampden Park terkedu.

Selepas menanti 23 tahun untuk layak ke kejohanan utama, harapan Scotland untuk melakar sejarah melepasi peringkat kumpulan buat kali pertama kini nampak semakin tipis.

Skuad bimbingan Steve Clarke itu akan menentang musuh tetangga, England di Stadium Wembley, London Jumaat ini sebelum melayan naib juara Piala Dunia 2018, Croatia dalam aksi terakhir kumpulan di Glasgow, 22 Jun.

Beraksi di depan penonton di Hampden buat kali pertama sejak November 2019, Scotland memulakan aksi dengan gemuruh, malah berterima kasih kepada penjaga gol, David Marshall yang menyalamatkan beberapa percubaan lawan.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya