Rahm juara Terbuka AS - Utusan Malaysia

Rahm juara Terbuka AS

JON Rahm meraikan kejayaan menjuarai Terbuka Amerika Syarikat di Kelab Golf Torrey Pines, San Diego, California hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LA JOLLA, Amerika Syarikat: Birdie di dua lubang terakhir membantu pemain Sepanyol, Jon Rahm merangkul kejuaraan utama buat kali pertama dengan mengungguli golf Terbuka Amerika Syarikat (AS) menerusi kelebihan satu pukulan ke atas bintang Afrika Selatan, Louis Oosthuizen hari ini.

Rahm menyempurnakan birdie dari jarak tujuh meter di lubang 17 dan lima meter di lubang 18 bagi menamatkan saingan dengan empat bawah par 67 pada pusingan terakhir, sekali gus mengumpul 278 pukulan keseluruhan, enam bawah par.

“Sukar untuk jelaskan apa yang berlaku kerana saya sendiri tidak percaya dengan apa yang telah saya lakukan pada dua lubang akhir,” kata Rahm.

Rahm, 27, sebelum itu terpaksa menunggu Oosthuizen mengharungi empat lubang terakhir sebelum mengesahkan kejuaraannya.

Oosthuizen, juara Terbuka Britain 2010 melakuan bogey di lubang 17 dan birdie di lubang 18 untuk menyaksikan dia terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara buat kali keenam.

Rahm menjadi pemain Sepanyol pertama menjuarai Terbuka AS dan keempat merangkul gelaran utama selepas Sergio Garcia, Jose Maria Olazabal dan Seve Ballesteros.

“Kemenangan ini pastinya untuk Seve (Ballesteros). Saya tahu dia sangat mahu memenangi kejuaraan ini,” kata Rahm.

Ballesteros meninggal dunia 10 tahun lalu selepas merangkul tiga kejuaraan Terbuka Britain dan dua gelaran Masters.

Kemenangan itu membolehkan Rahm melonjak dari kedudukan ketiga dunia untuk merampas ranking pertama daripada Dustin Johnson yang menutup kempen di tangga ke-19. – AGENSI

KEPUTUSAN

278 – Jon Rahm (ESP) 69-70-72-67

279 – Louis Oosthuizen (RSA) 67-71-70-71

281 – Harris English (USA) 72-70-71-68

282 – Guido Migliozzi (ITA) 71-70-73-68, Brooks Koepka (USA) 69-73-71-69, Collin Morikawa (USA) 75-67-70-70

283 – Branden Grace (RSA) 72-70-74-67, Daniel Berger (USA) 71-72-72-68, Paul Casey (ENG) 71-75-67-70, Xander Schauffele (USA) 69-71-72-71, Scottie Scheffler (USA) 72-69-70-72, Rory McIlroy (NIR) 70-73-67-73

284 – Francesco Molinari (ITA) 68-76-69-71, Russell Henley (USA) 67-70-71-76

285 – Patrick Cantlay (USA) 70-75-71-69, Kevin Streelman (USA) 71-69-72-73, Matthew Wolff (USA) 70-68-73-74, Mackenzie Hughes (CAN) 73-67-68-77

286 – Patrick Reed (USA) 72-73-74-67, Sergio Garcia (ESP) 71-74-73-68, Charl Schwartzel (RSA) 71-74-71-70, Brian Harman (USA) 72-71-71-72, Jordan Spieth (USA) 77-69-68-72, Justin Thomas (USA) 73-69-71-73, Dustin Johnson (USA) 71-73-68-74

287 – Hideki Matsuyama (JPN) 69-76-74-68, Rikuya Hoshino (JPN) 69-74-73-71, Martin Kaymer (GER) 77-68-69-73, Chris Baker (USA) 74-71-69-73, Bryson DeChambeau (USA) 73-69-68-77

288 – Patrick Rodgers (USA) 70-71-77-70, Dylan Wu (USA) 70-73-74-71, Joaquin Niemann (CHI) 75-69-71-73, Christiaan Bezuidenhout (RSA) 72-70-70-76

289 – Edoardo Molinari (ITA) 70-76-72-71, Robert MacIntyre (SCO) 71-73-72-73, Adam Scott (AUS) 70-75-71-73, Lanto Griffin (USA) 76-69-69-75, Im Sung-jae (KOR) 72-72-69-76

290 – Wade Ormsby (AUS) 72-74-73-71, Adam Hadwin (CAN) 70-72-75-73, Chez Reavie (USA) 76-68-72-74, Kim Si-woo (KOR) 71-75-70-74, JT Poston (USA) 72-73-71-74, Ian Poulter (ENG) 74-71-68-77

291 – Rick Lamb (USA) 71-75-74-71, Tom Hoge (USA) 72-71-76-72, Dylan Frittelli (RSA) 73-72-72-74, Lee Westwood (ENG) 71-72-71-77

292 – Tommy Fleetwood (ENG) 72-73-74-73, Rafa Cabrera Bello (ESP) 68-76-74-74, Gary Woodland (USA) 74-71-73-74, Bubba Watson (USA) 72-67-77-76, Richard Bland (ENG) 70-67-77-78

293 – Kevin Kisner (USA) 73-73-72-75, Matt Fitzpatrick (ENG) 70-75-72-76

294 – Taylor Montgomery (USA) 70-76-74-74, Stewart Cink (USA) 73-72-74-75, Akshay Bhatia (USA) 73-73-73-75, Jhonattan Vegas (VEN) 75-69-74-76, Charley Hoffman (USA) 72-71-75-76

295 – Phil Mickelson (USA) 75-69-76-75, Greyson Sigg (USA) 71-74-75

296 – Marc Leishman (AUS) 74-70-75-77

297 – Matt Jones (AUS) 72-71-79-75, Troy Merritt (USA) 75-71-73-78, Shane Lowry (IRL) 72-74-72-79

298 – Wilco Nienaber (RSA) 72-74-80-72, Kyle Westmoreland (USA) 71-73-78-76

303 – Fabian Gomez (ARG) 70-76-78-79, Jimmy Walker (USA) 74-72-77-80

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya