Quartararo cemerlang lagi - Utusan Malaysia

Quartararo cemerlang lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo menyambar petak pertama buat kali kelima berturut-turut dalam saingan MotoGP musim ini menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Catalunya, esok.

Pencapaian pelumba kelahiran Perancis itu sekali gus menyamai rekod penunggang Honda, Marc Marquez yang melakukannya pada 2014.

Jack Miller bagaimanapun masih berupaya menempah petak kedua biarpun pelumba Ducati itu terjatuh di selekoh ketiga semasa sesi kelayakan pertama.

Petak pertama dan kedua hanya dibezakan 0.037 saat, menyaksikan pendahulu keseluruhan, Quartararo berpeluang untuk meraih kemenangan keempat dalam saingan musim ini.

Saingan MotoGP yang akan berlangsung pukul 7 malam waktu Malaysia itu menyaksikan Johann Zarco dari Pramac Racing melengkapkan slot barisan hadapan.

Sementara itu, legenda dari Itali, Valentino Rossi yang mewakili Petronas Yamaha Sepang Racing Team bakal memulakan saingan di petak ke-11, manakala juara dunia MotoGP enam kali, Marquez ke-13.

Juara bertahan pula iaitu Joan Mir dari Suzuki, menempah petak ke-10, manakala rakan sepasukan Rossi, Franco Morbidelli kelima. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN