Portugal, Sepanyol perlu buang 'karat' - Utusan Malaysia

Portugal, Sepanyol perlu buang ‘karat’

PEMAIN tengah Sepanyol, Pedri (kanan) berkata sesuatu kepada penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo dalam aksi persahabatan menjelang Euro 2020 di Stadium Wanda, Madrid semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Masih banyak ‘kerja’ perlu dilakukan juara bertahan, Portugal dan bekas juara, Sepanyol jika mahu mencabar kejuaraan Euro 2020 apabila dua gergasi Eropah mempamer aksi sedikit berkarat ketika seri 0-0 dalam perlawanan pemanas badan menjelang kejohanan di Metropolitano dekat Madrid pagi tadi.

Cristiano Ronaldo mengharungi malam mengecewakan, terutama pada babak pertama. Dia memiliki dua peluang menjaringkan gol tetapi mensia-siakannya.

Gandingan Ronaldo dan Joao Felix gagal melakukan banyak gerakan bahaya, manakala Sergio Busquets dan Thiago Alcantara mengawal bahagian tengah Sepanyol dengan baik.

“Ia satu ujian yang bagus untuk kami dan saya rasa pasukan ini sudah bersedia menghadapi Euro.

“Pada 60 minit pertama kami berjaya mengekang juara Eropah daripada menguasai perlawanan, mereka hampir tidak boleh membuat tiga hantaran berturut-turut,” kata jurulatih Sepanyol, Luis Enrique.

Alvaro Morata hampir menjaringkan gol buat Sepanyol, namun terlepas dua peluang selain cubaan terkena palang pada penamat saingan.

“Saya rasa kami ada peluang yang cukup untuk menjaringkan gol.

“Saya tidak marah apabila pemain saya terlepas peluang, saya tidak akan berdepan pemain saya kerana gagal mengambil peluang,” kata Enrique. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya