Portugal mulakan kempen dengan bergaya - Utusan Malaysia

Portugal mulakan kempen dengan bergaya

PEMAIN hadapan skuad Selecao memastikan kemenangan apabila meledak gol Hungary pada saat akhir ketika memulakan saingan peringkat Kumpulan F di Stadium Budapest. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST:  Portugal memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Eropah dengan bergaya apabila membenam tuan rumah, Hungary 3-0 dalam aksi Kumpulan F di Stadium Puskas Arena, Budapest sebentar tadi.

Tiga gol kemenangan skuad Selecao itu membungkam pihak lawan apabila dicetak pada saat akhir selepas pemain pertahanan, Raphael Guerreiro meledak gol pertama pada minit ke 84.

Cristiano Ronaldo menghadiahkan dua gol pada minit ke 87 menerusi sepakan penalti dan masa kecederaan iaitu minit ke 92, sekali gus memecah rekod penjaring terbanyak Kejohanan Eropah dengan mengumpul 11 gol, mengatasi rekod yang dikongsi bersama legenda Perancis, Michel Platini (9 gol).

Aksi Portugal dilihat meyakinkan apabila menguasai 70 peratus permainan dengan melancarkan 11 percubaan, dan tujuh daripadanya ditujukan tepat ke gawang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya