Portugal 'derma' gol untuk Jerman menang - Utusan Malaysia

Portugal ‘derma’ gol untuk Jerman menang

PENJAGA gol Portugal, Rui Patricio (kanan) kecewa selepas Raphael Guerreiro (kiri) tidak sengaja menjaringkan gol sendiri untuk meletakkan Jerman 2-1 di babak pertama dalam aksi Kumpulan F Euro 2020 di Arena Allianz, Munich.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Portugal bermurah hati pada hari ini apabila ‘mendermakan’ dua gol untuk Jerman mengatasi mereka 4-2 dalam aksi Kumpulan F Euro 2020 di Arena Allianz sebentar tadi.

Kemenangan pertama yang diraih skuad Die Mannschaft membolehkan saingan Kumpulan F kini terbuka, dengan Perancis mendahului menerusi 4 mata, diikuti Jerman dan Portugal (kongsi 3 mata) serta Hungary (1 mata).

Dalam saingan tersebut, bintang portugal, Cristiano Ronaldo membuka jaringan seawal minit ke-15 selepas memanfaatkan gerakan gol Bernardo Silva.

Jaringan tersebut membolehkan penyerang prolifik Juventus itu menambah koleksi selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman di Kejohanan Eropah menerusi 12 gol.

Selepas ketinggalan, skuad bimbingan Joachim Low mengatur serangan bertali arus sebelum rembatan Robin Gosens tertampan ke kaki pertahanan Portugal, Ruben Dias untuk gol sendiri pada minit ke-35.

Bagaimanapun, empat minit berselang, Jerman berada di depan selepas giliran pertahanan Portugal, Raphael Guerreiro pula menjaringkan gol sendiri.

Juara dunia empat kali, Jerman kemudian menambah derita Portugal menerusi jaringan pemain tengah Chelsea, Kai Havertz dan pertahanan Atalanta, Gosen masing-masing pada minit ke-51 dan 60.

Begitupun, hasrat Portugal untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila juara bertahan itu sekadar menambah satu gol menerusi pemain Liverpool, Diogo Jota pada minit ke-67.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya