'Polar Bear' apa kau buat? - Utusan Malaysia

‘Polar Bear’ apa kau buat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kalah satu hal, namun melihat aksi ‘longlai’ pemain naturalisasi yang dibawa Harimau Malaya pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan bekas pemain serta penyokong bola sepak negara.

‘Tiada jiwa’ dan ‘malas’. Itu antara komen yang dilemparkan terhadap penyerang kelahiran Brazil, Guilherme de Paula selepas Malaysia dibelasah 4-0 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Prestasi seorang lagi pemain ‘import’ dari Brazil, Liridon Krasniqi pula dianggap ‘cukup-cukup makan’.

Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus dan Safee Sali antara yang melepaskan kekecewaan dalam media sosial.

“Allahuakbar. Apalah penyerang kita ‘Polar Bear’ (De Paula). Mana Liridon? Apa kau buat? Mana lorongan emas kau?

“Kalau dalam padang lima hingga tujuh pemain beraksi bersungguh-sungguh, mana yang lain? Tolonglah tunjukkan kami anda semua layak untuk memberikan segalanya di atas padang.

“Kalau kami dekat bilik persalinan selepas perlawanan tadi, nak tahu apa yang akan dikatakan oleh Allan Harris, Bertalan Bicskei dan Hatem Souissi?

“Anda bermain seperti t**i, mana bola anda? Anda semua mahu menang atau tidak? Mana maruah anda? Jangan biarkan penyokong anda kecewa dengan cara permainan anda sekarang.

“Ayuh bangun dan lawan semula sehingga minit terakhir. Itu ayat jurulatih, bukan saya. Itulah yang saya lalui pada masa lalu,” kata dalam Facebook semalam.

Safee pula berkata, dia dapat menjangkakan keputusan seperti itu akan berlaku berdasarkan pengalamannya beraksi menentang pasukan Asia Barat.

Jelasnya, bukan mudah untuk mengatasi ‘Pak Arab’ kerana sedikit kealpaan akan menghukum skuad kebangsaan.

“Boleh saya katakan, kita semua hanya terpedaya dengan skuad dan projek naturalisasi yang dibuat. Ia menjadikan kita semua percaya dan meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

“Apa pun masih ada dua lagi perlawanan yang sangat penting dan saya tetap yakin, pemain tempatan kita jika diberi peluang dan kepercayaan, pasukan kita boleh menang dan bermain mati-matian untuk nama negara.

“Kalau ikutkan hati pemain, esok juga nak main demi membalas kepercayaan dan membuktikan kita bukanlah seperti apa yang peminat fikiran,” ujarnya yang turut mengakui kekuatan Malaysia, Vietnam dan Thailand tidak jauh beza.

KAPSYEN
AKSI longlai Guilherme de Paula ketika menentang UAE di Dubai semalam mengundang kecaman peminat serta bekas pemain kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya