Poland 'left group' - Utusan Malaysia

Poland ‘left group’

ROBERT LEWANDOWSKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAINT PETERSBURG: Poland terpaksa akur pulang awal biarpun dua gol daripada pemain prolifiknya, Robert Lewandowski gagal menyekat kemaraan Sweden ke peringkat kalah mati di Euro 2020, sebentar tadi.

Gol kemenangan menerusi pemain tengah Viktor Claesson pada penghujung perlawanan membolehkan Sweden menang 3-2 ke atas Poland dalam saingan akhir Kumpulan E yang berlangsung di Stadium Krestovsky, Saint Petersburg.

Terdahulu, Poland dikejutkan dengan gol awal Sweden menerusi Emil Forsberg yang memanfaatkan kesilapan pertahanan skuad bimbingan Paulo Sousa seawal minit kedua.

Forsberg, yang juga kapten Sweden kemudian melebarkan jurang pada minit ke-59 selepas memanfaatkan lorongan Dejan Kulusevski dalam kotak penalti.

Tersentak dengan itu, penyerang Bayern Munich, Lewandowski bertindak menyamakan kedudukan menerusi gol pada minit ke-61 dan 84, sebelum jaringan kemenangan Sweden hadir.

Sebagi rekod, Poland hanya menang sekali dalam 10 perlawanan terakhir mereka (seri 4 kalah 5) di semua pertandingan.

Kemenangan itu membolehkan Sweden menjuarai Kumpulan E dan bakal menentang pasukan tempat ketiga daripada Kumpulan B atau C di peringkat 16 terakhir pada 29 Jun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya