Permulaan era pasangan ‘Patatimo’ - Utusan Malaysia

Permulaan era pasangan ‘Patatimo’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu muda lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Mohd. Haikal Nazri menyifatkan kejayaan menjuarai kejohanan badminton Terbuka Austria kelmarin sebagai satu permulaan buat mereka selepas memasuki alam senior.

Pasangan yang dikenali dengan julukan ‘Patatimo’ kerana berasal dari Terengganu dan Kelantan mencipta sensasi apabila mengejutkan pilihan kelima kejohanan dari Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar 21-17, 21-15.

Wan Arif memberitahu, kejayaan itu sangat bermakna menjelang sambutan hari ­lahirnya ke-19 pada 6 Jun ini.

“Kami banyak belajar daripada kekalahan suku akhir di Slovenia minggu lalu. Di sini kami dapat meningkatkan kekuatan, selain bola kami tidak mudah dimatikan. Ini permulaan untuk saya dan Haikal,” katanya.

Sementara itu, Haikal berkata, perubahan taktikal pada set kedua memberi kesan positif kepada mereka dalam meraih kejuaraan sulung.

“Dalam aksi final, tumpuan kami adalah untuk mengurangkan kesilapan mudah dan tidak mahu memberi mata senang kepada lawan kami,” katanya.

Sementara itu, beregu campuran negara, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei berjaya merangkul kejuaraan kedua berturut-turut dalam tempoh dua minggu selepas menewaskan pilihan utama kejohanan dari Perancis, William Villeger-Sharone Bauer 16-21, 21-9, 21-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya