Peminat 'kirim' taktikal guna pesawat - Utusan Malaysia

Peminat ‘kirim’ taktikal guna pesawat

PEMINAT menghantar mesej kepada jurulatih Belanda mahu dia menggunakan formasi 4-3-3.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Macam-macam cara digunakan oleh peminat untuk memberi ‘nasihat’ kepada pasukan kesayangan mereka sepanjang kempen Euro 2020.

Penyokong Belanda menggunakan sebuah pesawat ringan untuk menghantar mesej kepada jurulatih, Frank de Boer agar menggunakan formasi 4-3-3.

Pesawat tersebut membawa kain rentang yang tertulis: “Frank. Hanya 4-3-3!”.

Mesej tersebut sampai kepada pasukan yang boleh melihat dengan jelas pesawat berkenaan membawa kain rentang di ruang udara padang latihan, cuma nasihat itu tidak digunakan pakai oleh De Boer dalam perlawanan sebenar.

Jurulatih itu sebaliknya memilih formasi yang sering dikritik hebat 3-5-2 ketika menentang Ukraine dalam aksi pembukaan Kumpulan C semalam.

Skuad Oranje mengharungi aksi mendebarkan apabila diikat 2-2 selepas mendahului 2-0 sebelum tandukan Denzel Dumfries lima minit sebelum tamat permainan menyelamatkan mereka untuk kemenangan 3-2.

“Terima kasih atas tips anda tetapi maaf, ia kekal 3-5-2,” kata De Boer sambil berseloroh.

ENGLAND mendapat tips daripada peminat sehari sebelum bertemu Croatia.

Terdahulu, England juga menerima mesej hampir sama daripada penyokongnya sebelum pertemuan menentang Croatia kelmarin.

Pesawat ringan melalui ruang udara padang latihan skuad Three Lions di St. George’s Park dengan kain rentang berbunyi: “Kebanyakan gol Croatia datang dari kiri.”

England memenangi perlawanan itu menerusi jaringan tunggal Raheem Sterling. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya