Pasukan recurve wanita ‘kandas’ - Utusan Malaysia

Pasukan recurve wanita ‘kandas’

SKUAD memanah wanita kebangsaan, terkandas dalam aksi kelayakan di Paris, Perancis sekaligu gagal menmpah slot untuk beraksi Tokyo, Jepun pada Julai ini. - Gambar PERSATUAN MEMANAH KEBANGSAAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad memanah wanita negara tumpas dengan Poland dalam kelayakan Sukan Olimpik 2020 di Paris, Perancis hari ini sekali gus gagal menempah tiket untuk ke temasya itu di Tokyo, Jepun nanti.

Dalam aksi peringkat saingan tadi, pemanah negara Nur Ain Ayuni Fozi diatasi atlet, Magdalena Smialkowska yang menewaskannya dengan mudah menerusi keputusan 6-0 sebelum melangkah ke peringkat suku akhir.

Sebelum itu, atlet dari negara sama turut menyekat kemaraan Nurul Azreena Mohamad Fazil apabila sekadar meraih keputusan 2-6 pada pusingan ketiga sementara Syaqiera Mashayikh tewas di tangan pemanah Switzerland, Valentine De Giulli dengan keputusan sama.

Kekalahan yang dihadapi ketiga-tiga skuad memanah negara yang digandingkan dalam acara recurve itu menambah lagi kekecewaan selepas tersingkir dalam pusingan pertama kepada Brazil 6-2.

Bagaimanapun, pasukan recurve wanita itu berpeluang untuk beraksi pada Peringkat Ketiga Piala Dunia 2021 yang juga berlangsung di Paris mulai esok hingga 27 Jun.

Sebelum ini, skuad negara terlepas peluang beraksi dalam Olimpik Brazil 2016, kali terakhir skuad memanah wanita kebangsaan beraksi dalam temasya itu ketika United Kingdom (UK) menjadi tuan rumah pada 2012.

Pusingan kelayakan yang berlangsung di Paris, terdapat lima sahaja slot akhir menjadi rebutan para pemanah dari seluruh dunia sebelum beraksi di Tokyo pada bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya