Osaka tarik diri Terbuka Perancis - Utusan Malaysia

Osaka tarik diri Terbuka Perancis

NAOMI OSAKA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pemilik empat kejuaraan Grand Slam, Naomi Osaka menarik diri daripada kejohanan tenis Terbuka Perancis hari ini susulan kontroversi enggan bercakap kepada media.

Pemain No. 2 dunia dari Jepun itu mengumumkan perkara tersebut menerusi Twitter sambil menjelaskan dia mengalami ‘tekanan berpanjangan’ sejak menjuarai Grand Slam pertamanya di Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2018.

“Saya tidak pernah mahu menjadi pencetus masalah dan saya terima tindakan saya ini mungkin tidak sesuai tetapi mesej saya adalah jelas.

“Saya berdepan tekanan berpanjangan sejak menjuarai Terbuka AS 2018 dan benar-benar bergelut mengatasinya,” katanya dalam kenyataan teresebut.

Pada Ahad lalu, Lembaga Grand Slam mendenda pemain berusia 23 tahun itu AS$15,000 (RM62,000) kerana tidak memasuki sidang akhbar selepas memenangi pusingan pembukaan ke atas Patricia Maria Tig dari Romania.

Pihak Grand Slam pada hari turut memberi amaran kepada Osaka, dia boleh disingkirkan bukan saja daripada Terbuka Perancis, malah semua kejohanan Grand Slam jika berterusan memboikot media.

Minggu lalu, Osaka mengumumkan tidak akan menyertai sebarang sidang akhbar sepanjang Terbuka Perancis dengan memberi alasan ‘demi kesihatan mental’.

“Apabila tiba masa sesuai saya akan bekerjasama dengan Jelajah bagi membincangkan kaedah lebih baik kepada pemain, media dan penyokong,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya