Oranje hampir tiada kelemahan - Utusan Malaysia

Oranje hampir tiada kelemahan

PEMAIN Ukraine menjalani latihan akhir di Voluntari semalam dalam persiapan menghadapi Belanda pada aksi pembukaan Kumpulan C esok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Andrei Shevchenko mengakui, sukar untuk mencari kelemahan Belanda menjelang pertemuan sulung Kumpulan C esok kerana lawan mereka hampir sempurna.

Kata pengendali Ukraine itu, tidak mempunyai pelan istimewa untuk berdepan skuad Oranje, yang dijangka menguasai kreativiti tengah padang menerusi kombinasi Frenkie de Jong, Georginio Wijnaldum dan Marten de Roon.

“Tiada persiapan spesifik. Belanda hampir tiada kelemahan, memiliki ramai pemain berkualiti di semua posisi, jadi kami perlu melihat perlawanan secara keseluruhan,” kata bekas Pemain Terbaik Eropah, Shevchenko.

Sementara itu, Belanda mahu menyerap semangat 16,000 penonton di Johan Cruyff Arena bagi memburu kemenangan sulung dan menjadi pilihan utama untuk menjuarai Kumpulan C.

Oranje kembali ke pentas utama buat kali pertama sejak menduduki tangga ketiga Piala Dunia 2014. Mereka terlepas Euro 2016 dan Piala Dunia 2018.

“Kami berada pada kedudukan di antara kelompok empat hingga lapan terbaik, jadi realistiknya Belanda berpeluang baik untuk layak ke separuh akhir.

“Bagaimanapun sudah tentu misi utama kami dalam kejohanan ini adalah merangkul kejuaraan,” kata pengendali Belanda, Frank De Boer.

Satu lagi aksi Kumpulan C esok bakal menemukan pasukan kerdil, Macedonia Utara menentang Austria. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya