LONDON: Bekas bintang England, Gary Neville percaya Perancis memiliki kekuatan untuk merangkul kejuaraan Euro 2020.
Neville berkata, skuad kendalian Didier Deschamps memiliki barisan pemain terbaik untuk menjulang trofi kejuaraan itu buat kali ketiga.
Aksi pembukaan esok akan menampilkan Turki menentang Itali dan kejohanan yang memakan masa sebulan itu akan berakhir dengan aksi final di Stadium Wembley pada 12 Julai ini.
“Saya tidak boleh mengabaikan Perancis, memang tidak boleh. Mereka ada mentaliti untuk menang, personaliti setiap pemain selain kepantasan permainan serta kebijaksanaan semasa di dalam padang.
“Mereka boleh menentang mana-mana pasukan tidak kira dari segi taktikal atau pasukan yang gemar menguasai permainan kerana mereka merupakan pasukan yang bijak.
“Pasukan mereka boleh berubah-ubah dari segi taktikal. Tidak kisah mana-mana pemain yang beraksi. Secara fizikal mereka sangat kiat dan penyudah mereka sangat efisyen.
“Memang Perancis adalah pilihan terbaik untuk menang,” katanya.-AGENSI