Naturalisasi praktikal cuma perlu diperkemaskan - Utusan Malaysia

Naturalisasi praktikal cuma perlu diperkemaskan

Skuad Harimau Malaya tidak kisah beraksi secara berpusat bagi aksi kelayakan Piala Asia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peminat bola sepak tempatan diminta memberi ruang kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menentukan hala tuju Harimau Malaya, termasuk meneruskan program naturalisasi bagi mencerahkan prospek Malaysia di pentas antarabangsa.

Penganalisis sukan, Dr. Pekan Ramli menganggap program naturalisasi FAM adalah praktikal berasaskan perkembangan dunia bola sepak terkini yang bersifat global.

Susulan sentimen segelintir pihak yang mempertikaikan program naturalisasi FAM, beliau menggesa peminat untuk memberi masa kepada badan induk itu memperkemaskan mekanisme pemilihan sambil tidak menjatuhkan hukuman tergesa-gesa berdasarkan satu kejohanan.

PEKAN RAMLI

“Seperti yang kita maklum, FAM memiliki pilihan terhad untuk menaturalisasikan pemain disebabkan syarat-syarat kelayakan FIFA  (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) agak ketat, termasuk seseorang calon perlu bermastautin selama lima tahun berturut-turut di sesebuah negara.

“Saya percaya jika dilakukan dengan telus menerusi penilaian yang dibuat oleh sebuah jawatankuasa yang membabitkan pakar teknikal dan agensi kerajaan, projek ini boleh membawa hasil.

“Yang penting, keputusan memberi kewarganegaraan kepada pemain tidak boleh diputuskan secara individu dalam FAM,” katanya.

Sambil menganggap program naturalisasi sebagai kaedah merapatkan jurang dengan kuasa-kuasa Asia, Pekan menyarankan kriteria yang ketat dan jelas dinyatakan dengan terang oleh FAM.

“Selain membuat penilaian calon-calon pemain dari segi prestasi semasa dan usia yang sesuai, mereka hendaklah diwajibkan menyertai kursus kenegaraan dan jati diri sebagai satu cara untuk mereka menjiwai tugas dan tanggungjawab mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya