Nadal sambut hari lahir dengan kemenangan - Utusan Malaysia

Nadal sambut hari lahir dengan kemenangan

RAFAEL Nadal membalas pukulan Richard Gasquet pada pusingan kedua Terbuka Perancis di Paris hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Rafael Nadal meraikan hari lahirnya yang ke-35 dengan penuh bergaya apabila menyingkirkan pemain harapan tuan rumah, Richard Gasquet untuk melangkah ke pusingan ketiga tenis Terbuka Perancis hari ini.

Turut mengiringi kemaraan jaguh Sepanyol dan juara 13 kali itu adalah pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic dan Roger Federer.

Nadal yang memburu gelaran Grand Slam ke-23 menang 6-0, 7-5, 6-2 iaitu kemenangannya yang ke-17 daripada 17 pertemuan dengan Gasquet.

“Sudah tentu ia lebih baik apabila menang 16 kali berturut-turut berbanding kalah 16 kali, bukankah begitu?.

“Apabila anda menang semua 16 perlawanan sebelum itu, sudah tentu keyakinan agak tinggi apabila turut menentang lawan yang sama.

“Begitupun saya menghormati Richard dan saya tahu betapa bagusnya dia,” kata Nadal, yang akan berdepan pemain Britain, Cameron pada pusingan ketiga.

Kekalahan Gasquet bermakna tiada pemain lelaki atau perempuan Perancis yang berjaya mara ke pusingan ketiga kejohanan itu buat pertama kali.

NOVAK Djokovic meraikan kemenangannya ke atas Pablo Cuevas.

Sementara itu, bintang Serbia, Djokovic meneruskan pemburuan kejuaraan kedua di Roland Garros dan gelaran Grand Slam ke-19 selepas menewaskan pencabar dari Uruguay, Pablo Cuevas 6-3, 6-2, 6-4.

Djokovic, 34, juara Terbuka Perancis 2016 akan bertemu pemain Lithuanian, Ricardas Berankis pada pusingan ketiga.

Jaguh veteran Switzerland, Federer pula berada di landasan tepat untuk berdepan Djokovic pada suku akhir selepas menyingkirkan Marin Cilic dari Sepanyol 6-2, 2-6, 7-6 (7/4), 6-2. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya