Mueller terlepas aksi menentang Hungary - Utusan Malaysia

Mueller terlepas aksi menentang Hungary

THOMAS Mueller mengalami kecederaan di hujung permainan ketika Jerman menentang Portugal, Ahad lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Jerman menerima tamparan hebat selepas hilang khidmat bintang penyerang Bayern Munich, Thomas Mueller apabila menentang Hungary dalam perlawanan terakhir Kumpulan F awal pagi Khamis.

Mueller, 31, mengalami kecederaan lutut di hujung permainan ketika membantu pasukannya menumpaskan Portugal 4-2 dalam perlawanan terakhir, Ahad lalu.

Menurut media Jerman, situasi Mueller dipantau rapat kerana dia juga berisiko terlepas pusingan 16 akhir jika pasukannya berjaya melayakkan diri.

Selain Mueller, situasi dua lagi tonggak Jerman, Mats Hummels dan Ilkay Gundogan turut membimbangkan selepas kedua-duanya tidak hadir sesi latihan pasukan semalam akibat kecederaan.

Jerman yang kini menduduki tangga kedua Kumpulan F perlu mengalahkan Hungary di Allianz Arena untuk mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati.

Bagaimanapun, keputusan seri memadai untuk mereka meneruskan kemaraan jika Perancis tidak tumpas kepada Portugal dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung serentak di Budapest. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya