BUDAPEST: Pemain tengah Portugal, Joao Moutinho berikrar memberikan aksi terbaik dalam usaha melayakkan diri ke peringkat kalah mati Euro kali ini.
Pemain Wolves itu diturunkan pada minit ke-64 bagi menggantikan pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes semasa juara bertahan tersebut tewas 2-4 kepada Jerman pada Ahad lalu.
“Saya tidak kisah dengan kritikan. Saya membuat analisis tersendiri di dalam dan luar padang dan sudah tentu ada kalanya kami tidak bernasib baik.
“Bagaimanapun kami telah berusaha keras untuk mendapatkan keputusan terbaik. Kami berlatih dan mengikut segala arahan yang diberikan oleh jurulatih.
“Bola sepak sentiasa seperti ini dan sukar dijangka. Kami bukan bagi alasan selepas tewas kepada Jerman.
“Apa pun kami akan memberikan yang terbaik sekali lagi dan akan bekerja keras untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati,” kata Moutinho.
Portugal kini menduduki tempat ketiga selepas berkongsi 3 mata dengan penghuni kedua Jerman, dengan Perancis unggul dalam Kumpulan F (4 mata) dan Hungary tercorot (1 mata).- AGENSI