Mount, Chilwell jalani kuarantin mewah - Utusan Malaysia

Mount, Chilwell jalani kuarantin mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ketika pemain England lain berhempas pulas di atas padang untuk menewaskan Republik Czech 1-0 semalam, Mason Mount dan Ben Chilwell diasingkan di hotel eksklusif St. George’s Park di Burton-upon-Trent.

Pasangan itu yang sepatutnya menjadi tonggak Three Lions sebaliknya hanya menikmati layanan mewah tetapi sunyi gara-gara menjadi kontak rapat pemain Scotland, Billy Gilmour yang diuji positif Covid-19.

Bukan saja terlepas perlawanan menentang Czech, kedua-dua mereka juga berpotensi tidak diturunkan dalam pusingan 16 akhir, Rabu depan.

Situasi itu mungkin menyedihkan buat pasangan Chelsea tersebut, namun kehidupan mereka sepanjang 10 hari tidaklah terlalu teruk kerana masih boleh menggunakan kawasan persendirian hotel bagi mengekalkan kecergasan, selain menikmati layanan serba mewah.

MOUNT dan Chilwell menikmati ‘air tangan’ pakar masakan terkenal, Chef Omar ­Meziane. – IHSAN MEDIA SOSIAL

Mount dan Chilwell menikmati makanan berkhasiat yang disediakan oleh Chef Omar ­Meziane, pakar pemakanan yang biasa memasak untuk gadis popular, Spice Girls dan ia akan dihantar ke bilik tidur mewah mereka.

Biarpun tidak dapat berlatih bersama rakan-rakan sepasukan yang lain, Mount dan Chilwell masih boleh berada di atas padang kerana St George’s Park mempunyai 14 padang latihan.

Mereka juga boleh menggunakan semua kemudahan seperti gimnasium, kolam mandi, spa, jazuki dan sauna yang terletak di kawasan persendirian jauh dari pasukan.

KEADAAN bilik hotel pasukan England, di mana isteri dan pasangan mereka tidak dibenarkan masuk. – IHSAN MEDIA SOSIAL

Pasangan itu tidak akan ketinggalan untuk mengetahui strategi pasukan kerana mesyuarat dijalankan menerusi aplikasi Zoom.

Begitupun, tindakan England menyisihkan Mount dan Chilwell dipersoalkan bekas penjaga gol legenda Chelsea serta Republik Czech, Petr Cech yang menyifatkan ia sebagai ‘sukar difahami’.

“Boleh sesiapa bantu saya faham, bagaimana Mason Mount dan Ben Chilwell yang kedua-duanya diuji negatif diasingkan kerana kontak rapat Billy Gilmour, namun pada masa sama seluruh pasukan Scotland yang berkongsi bilik persalinan, hotel, jurulatih dan pesawat boleh bermain tanpa masalah kerana negatif,” tanya Cech dalam Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya