Mbappe si pemurah, dekat di hati OKU - Utusan Malaysia

Mbappe si pemurah, dekat di hati OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU berusia 23 tahun, ­Kylian Mbappe sudah memahat nama sebagai ‘super star’ bola sepak, terutama selepas membantu Perancis merangkul Piala Dunia 2018, selain membawa Paris Saint-Germain (PSG) menjulang trofi Ligue 1.

Me­ngidolakan Cristiano Ronaldo serta Zinedine Zidane, anak kepada pasangan Wilfried Mbappe dan Fayza Mbappe itu memiliki la­rian pantas selain kemahiran mengawal bola yang hebat.

Mbappe mempunyai darah Cameroon di sebelah bapanya, manakala ibunya bekas atlet bola baling berbangsa Algeria.

Sejak kecil dia banyak menghabiskan masa bermain bola sepak dan kerap tidak hadir ke sekolah, namun Mbappe berjaya menamatkan persekolahan dengan baik sebelum meneruskan kerjaya sebagai pemain bola sepak.

KYLIAN MBAPPE
Nama penuh: Kylian Mbappe Lottin
Tarikh lahir: 20 Disember 1998
Tempat lahir: Paris
Negara/kelab: Perancis/PSG
Pendapatan: AS$95 juta (RM392 juta)
Hobi: Mendengar muzik, tenis, permainan video
Makanan kegemaran: Masakan Itali
Penyanyi kegemaran: Justin Bieber, Zaz
Pelakon kegemaran: Leonardo DiCaprio, Angelina Jolie

Biarpun tidak memiliki akademik yang tinggi, namun bakat besarnya dalam bola sepak membolehkan pemain sayap kelahiran Pa­ris itu bergelar jutawan seawal usia remaja.

Karier Mbappe mula me­lonjak sejak menyertai ­Monaco pada 2015 di usia 17 tahun sebelum meraih pendapatan lebih lumayan apabila berhij­rah ke PSG dua tahun kemudian.

Di sebalik kemewahan dimiliki, Mbappe sebenar­nya seorang dermawan yang sering terlibat dalam pelbagai program amal khususnya di benua Afrika, negara asal usul keluarganya.

Dia sering memberi sumbangan kepada golongan kurang upaya (OKU) yang terlibat dengan sukan, termasuk menyumbang AS$500,000 (RM2.06 juta) kepada persatuan Premiers de Cordee di Perancis dan menjadi penaung pertubuhan kanak-kanak istimewa itu.

“Saya tidak perlu dibayar kerana saya berada di sini untuk membantu mereka.

“Saya meraih pendapatan lebih daripada mencukupi, duit yang sangat banyak.

“Amat penting untuk saya membantu mereka yang memerlukan kerana ramai hidup sengsara dan menghidap penyakit.

“Bagi golongan seperti saya, memberi bantuan bukan sesuatu yang perlu diperbesar-besarkan kerana ini tanggungjawab kami sebagai manusia.

“Perkara ini tidak me­ngubah hidup saya tetapi hidup mereka. Sekiranya kehidupan mereka menjadi lebih baik, maka ia adalah kegembiraan buat saya,” kata Mbappe.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya