Markis Kido meninggal dunia - Utusan Malaysia

Markis Kido meninggal dunia

MARKIS KIDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Arena badminton antarabangsa hari ini dikejutkan dengan pemergian jaguh beregu Indonesia, Markis Kido pada usia 36 tahun akibat serangan jantung.

Berita sedih itu disampaikan bekas pemain badminton wanita Indonesia, Yuni Kartika kepada media negara itu.

Menurut Yuni, Markis meninggal ketika sedang bermain badminton di Tangerang.

“Saya terima khabar sekitar sejam yang lalu. Markis meninggal dunia saat sedang bermain badminton , kemungkinan serangan jantung. Saya masih terkejut,” kata Yuni yang dipetik kepada Bola.com.

Yuni bagaimanapun berkata, dia tidak mengetahui secara terperinci masalah yang dihadapi Markis, namun menganggap berita itu sesuatu yang amat mengejutkan.

“Rasanya masih tidak percaya. Dua atau tiga bulan lalu saya bertemu, sembang-sembang dan sempat berswafoto dengannya,” katanya.

Berpasangan dengan Hendra Setiawan, Markis mengharungi karier yang amat menakjubkan dalam sukan badminton, terutama meraih pingat emas beregu lelaki Sukan Olimpik 2008 di Beijing.

Gandingan tersebut juga merangkul kejuaraan dunia 2007 di Kuala Lumpur, selain memenangi pingat emas dalam Sukan Asia 2010 di Guangzhou.

Markis juga merupakan pemenang tujuh pingat emas Sukan SEA. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya