‘Malaysia No. 1 buat saya’ - Utusan Malaysia

‘Malaysia No. 1 buat saya’

Guilherme De Paula berjanji akan memberi aksi lebih baik apabila Malaysia turun menentang Vietnam, Sabtu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Guilherme De Paula tidak terkejut dirinya menjadi sasaran utama kritikan selepas kekalahan 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana statusnya sebagai pemain naturalisasi.

Katanya, ia bukan sesuatu yang baharu kerana dia sedar harapan penyokong Malaysia sangat tinggi buat pemain naturalisasi seperti dirinya dan beberapa pemain lain termasuk Liridon Krasniqi.

Katanya, aksi menentang UAE itu adalah persembahan keduanya bersama skuad kebangsaan dan buat masa sekarang dia berjaya menyesuaikan diri dengan baik bersama ‘keluarganya’ itu.

“Kritikan itu saya sudah biasa kerana ini bukan benda baharu dalam bola sepak, apabila mereka mahu serang saya, mereka akan serang.

“Saya sedar harapan untuk pemain naturalisasi sangat tinggi tetapi penyokong kena percaya dengan kami, kami datang ke sini bukan untuk bercuti tetapi bekerja keras untuk menggembirakan lebih 30 juta penyokong di Malaysia.

“Malaysia adalah No.1 dalam diri saya ketika ini, saya tidak tahu apa yang penyokong mahukan tetapi pasukan kebangsaan memiliki statistik saya,” katanya dalam sidang akhbar secara maya semalam.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Vietnam, pemain kelahiran Brazil berusia 35 tahun itu menyifatkan lawan mereka pasukan yang bagus terutama selepas meraih kemenangan selesa 4-0 ke atas Indonesia.

“Paling penting kami bermain sebagai satu pasukan dan menggunakan segala peluang yang ada untuk menjaringkan gol,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya