Malaysia boleh 'intai' Adam - Utusan Malaysia

Malaysia boleh ‘intai’ Adam

ADAM Hamid (kiri) bersama wakil NK Zvijezda Gradacac ketika menandatangani kontrak bersama kelab Bosnia itu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Adam Hamid, 20, seorang lagi pemain yang sudah boleh ‘dipantau’ Harimau Malaya atau skuad bawah 23 tahun (B-23) negara untuk menguatkan cabaran dalam kejohanan antarabangsa.

Beraksi di posisi bek kiri, Adam mengembangkan sayap profesional dengan menyertai kelab divisyen dua Bosnia & Herzegovina, NK Zvijezda Gradacac.

Adam menyertai kelab Liga Pertama itu selepas setahun menimba ilmu bersama skuad bawah 19 tahun FK IMT di Serbia.

ADAM HAMID

Dia yang pernah menyertai gergasi Serbia, Red Star Belgrade, memulakan kariernya selama empat tahun di sekolah bola sepak England dan mewakili English College Hartpury.

“Gembira dapat menyertai NK Zvijezda Gradacac untuk musim 2021/22. Cabaran mengujakan menanti,” kata Adam dalam media sosial.

Pasukan Zvijezda Gradacac menamatkan saingan Liga Pertama Persekutuan Bosnia dan Herzegovina musim lalu dengan menduduki tangga kelima menerusi 48 mata.

Selain mengambil pemain naturalisasi, sudah tiba masanya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memantau perkembangan anak tempatan yang berlatih di luar negara menggunakan duit ‘kocek’ sendiri seperti Adam serta beberapa nama lain untuk diserap dalam skuad kebangsaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya