'Maafkan saya, nak tidur pun tak boleh' - Utusan Malaysia

‘Maafkan saya, nak tidur pun tak boleh’

KYLIAN Mbappe memerlukan sokongan sejak kegagalan menyempurnakan sepakan penalti ketika Perancis tewas kepada Switzerland dalam aksi Euro 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUCHAREST:  Kylian Mbappe memohon maaf kerana gagal menyempurnakan sepakan penalti yang menyebabkan juara Piala Dunia, Perancis tersingkir  dari Euro 2020 selepas tumpas kepada Switzerland pagi tadi.

Selepas kedudukan terikat 3-3, penentuan sepakan penalti menjadi penentu dan tendangan Mbappe diselamatkan oleh Yann Sommer untuk membantu Switzerland  melakar kejutan terbesar dengan menumpaskan Perancis 5-4.

Switzerland dari ketinggalan 1-3 menerusi jaringan  Haris Seferovic dan Mario Gavranovic pada 10 minit terakhir untuk mengheret permainan ke masa tambahan, sebelum ditentukan menerusi penalti.

“Kesedihan terlalu besar dan tidak boleh dilupakan, kami gagal mencapai sasaran.

“Saya minta maaf atas penalti ini. Saya mahu membantu pasukan tetapi gagal. Tidur saya pasti sukar tapi inilah turun naik dalam sukan yang saya sayangi.

“Saya tahu anda peminat pasti kecewa, tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan anda dan kerana sentiasa mempercayai kami.

“Yang paling penting kami akan bangkit lebih kuat untuk berdepan cabaran seterusnya. Tahniah dan semoga berjaya kepada Switzerland,” katanya dalm media sosial.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya