Luqman tenang, baru main sudah kena kecam - Utusan Malaysia

Luqman tenang, baru main sudah kena kecam

LUQMAN Hakim Shamsudin diturunkan di hujung permainan ketika menentang UAE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Luqman Hakim Shamsudin langsung tidak tergugat selepas turut terpalit dengan kecaman peminat gara-gara kekalahan 0-4 Harimau Malaya kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam penampilan sulungnya bersama skuad kebangsaan.

Dibawa masuk sebagai gantian di hujung permainan, tidak banyak dapat dilakukan penyerang remaja KV Kortrijk itu untuk membantu Harimau Malaya yang tumbang pada aksi keenam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Kata Luqman, 19, dia tidak kisah untuk berkongsi kritikan biarpun hanya masuk dalam beberapa minit terakhir kerana kekalahan Malaysia harus dipikul oleh seluruh pasukan.

“Kita satu pasukan, kalah menang sama-sama. Siapa yang diturunkan jurulatih, perlu yakin dengan pasukan sendiri.

“Tidak perlu kata dia ini tidak patut bermain, benda seperti itu tak patut ada. Bola sepak sukan berpasukan yang ada 11 pemain bukan macam skuasy atau badminton.

“Kalau tidak yakin, macam mana nak main bola. Perkara penting adalah percaya dan yakin dengan rakan sepasukan kalau tiada semangat tidak boleh pergi mana (mara lebih jauh),” katanya semalam.

Penampilan pertama ­Luqman bersama skuad se­nior bukanlah satu kenangan yang manis buat dirinya apabila berdepan tiga kekalahan berturut-turut.

Malaysia tewas dalam dua aksi persahabatan kepada Kuwait 4-1, Bahrain (2-0), sebelum dibelasah UAE.

“Bila kalah 4-0 itu diambil sebagai pengajaran. Perlawanan akan datang saya tidak gentar. Kami lebih bersema­ngat untuk baiki kesilapan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya