Leclerc sambar petak depan sekali lagi - Utusan Malaysia

Leclerc sambar petak depan sekali lagi

CHARLES Charles Leclerc meraikan kejayaan menyambar petak pertama Grand Prix Azerbaijan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU: Mercedes dan Red Bull sekali lagi menerima tamparan hebat apabila pemandu Ferrari, Charles Leclerc menempah petak paling hadapan buat kali kedua berturut-turut dalam Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Azerbaijan, sebentar tad.

Kedudukan tersebut sekali gus mampu mengubati kekecewaan Leclerc yang gagal memulakan perlumbaan di laman sendiri di Monaco dua minggu lalu selepas meraih petak pertama ekoran masalah jentera.

Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dari Mercedes meraih petak kedua, manakala pemenang GP Monaco, Max Verstappen (Red Bull) ketiga.

“Kelayakan hari ini sangat bagus dan saya tidak sangka dapat melakukannya dengan baik sekali.

“Keputusan ini sangat bermakna bagi saya kerana kami agak bergelut dan bekerja keras sepanjang minggu ini,” kata Hamilton yang kini ketinggalan empat mata di belakang pendahulu keseluruhan, Verstappen.

Ketiga-tiga pasukan gergasi itu bagaimanapun menerima satu lagi cabaran berat apabila AlphaTauri menerusi pelumbanya Pierre Gasly membuat kejutan apabila muncul jentera terlaju dalam sesi letihan ketiga.

Pelumba berusia 25 tahun dari Perancis itu bakal memulakan saingan di petak keempat, manakala rakan sepasukan Leclerc, Carlos Sainz yang menaiki podium minggu lalu, kelima.

Saingan yang akan memasuki pusingan keenam musim ini akan bermula pada pukul 8 malam waktu Malaysia di Litar Bandar Baku, Azerbaijan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya