‘Lawan atas padang, bukan kertas’ - Utusan Malaysia

‘Lawan atas padang, bukan kertas’

PEMAIN England melepaskan lelah selepas menamatkan sesi latihan di Saint George’s Park semalam menjelang pertemuan dengan Scotland dalam aksi Kumpulan D di Wembley, esok. – IHSAN ENGLAND FA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Di atas kertas, Scotland dan England ibarat ‘langit dan bumi’, dua pasukan yang dilihat berlainan darjat.

Begitupun bintang tengah Scotland, John McGinn percaya, Three Lions sebenarnya dilihat hebat kerana memiliki barisan bintang Liga Perdana Ing­geris (EPL), selain laporan yang diperbesar-besarkan oleh media negara itu.

Dia percaya, melihat prestasi England ketika mengalahkan Croatia 1-0 dalam aksi pembukaan Isnin lalu, mereka bukanlah terlalu bagus dan tidak menepati reputasi sebagai pasukan ranking keempat dunia.

“Media England membuatkan anda percaya, jurang antara negara mereka dan pasukan kami terlalu besar.

“Sekarang terpulang kepada kami untuk membuktikan mereka silap, Jumaat ini,” kata bintang tengah Aston Villa itu.

Kata McGinn England mewakili 55 juta rakyat dan Scotland hanya mempunyai 5 juta penduduk.

“Mereka ada bintang di seluruh dunia tapi kami juga ada bintang kami sendiri,” katanya.

Selepas memulakan kempen dengan kekalahan 0-2 kepada Republik Czech, Scotland turun dengan misi ‘wajib menang’ ke atas England di Wembley esok bagi menghidupkan peluang meneruskan kemaraan ke pe­ringkat kalah mati.

Sementara itu, penyerang England, Marcus Rashford menyeru rakan-rakan sepasukan keluar dari zon selesa apabila berdepan Scotland.

Katanya, pasukan Scotland kali ini berbeza dengan skuad yang ditentang empat tahun lalu, yang menyaksikan England menang 3-0 dan seri 2-2 dalam kelayakan Piala Dunia.

“Scotland sangat efektif dalam pelbagai cara, jadi kami kena betul-betul bersaing, mengejar bola, melakukan hantaran bagus dan bermain ­de­ngan gaya sendiri,” katanya.

Jika menang, England akan menjadi pilihan untuk muncul juara Kumpulan D, dan berpotensi bertemu naib juara Kumpulan F, sama ada Perancis, Jerman atau Portugal.

Kepulangan semula Harry Maguire bakal menguatkan benteng Three Lions, persoalannya, apakah jurulatih, Gareth Southgate tetap menurunkan Harry Kane yang tidak berada pada ­prestasi terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya